Program Celik Al-Quran Anjuran Murabbi Haraki
Kuasai Cara Membaca Al-Quran dengan Hanya 7 Jam Sahaja!
Melalui Kaedah Haraki, tidak mustahil anda bakal membaca Al-Quran walaupun tidak kenal satu huruf Al-Quran pun sebelum ini..

Apa itu Kaedah Haraki?
Kaedah Haraki ini adalah suatu ringkasan dan inovasi kaedah terkini yang mengambil inspirasi daripada teknik-teknik al-Quran lain yang membolehkan anda membaca al-Quran secara bertajwid dalam tempoh 7 JAM sahaja.
Ya! Hanya 7 jam saja untuk mahir membaca Al-Quran! Mungkin pada mulanya anda tidak percaya tetapi lihatlah dulu liputan berita ini:
Berita online:
Kaedah Haraki ini diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria bin Nasirudin, pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Kebanyakan orang boleh membaca dalam tulisan rumi, tetapi tak ramai yang boleh membaca tulisan jawi. Ramai orang boleh membaca surat khabar dan membaca status di facebook, namun tak ramai boleh membaca al-Quran bertajwid secara betul.
Secara rasionalnya, inovasi teknik ini adalah mengambil kira beberapa faktor semasa. Antaranya ialah malu. Hal ini banyak terjadi kepada mereka yang sudah berumur tetapi masih gagal menguasai bacaan al-Quran, namun disebabkan malu untuk belajar kerana faktor usia, golongan ini semakin menyisihkan diri daripada terus memperbaiki bacaan al-Quran mereka.
Selain itu, kesukaran turut dihadapi memandangkan kaedah-kaedah lain yang terlalu mengekalkan tajwid, menyebabkan mereka yang masih dalam peringkat permulaan gagal untuk meneruskan pembelajaran.
Kebanyakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain juga bermasalah kerana menyebabkan kebosanan kepada yang mengikutinya, dengan masa pembelajaran yang begitu panjang, tidak menarik, kos yang tinggi untuk membeli buku modul dan alatan-alatan pembelajaran yang diperlukan serta yuran belajar.
Oleh itu, satu kaedah yang berkesan diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam menghasilkan kaedah ini Ustaz Zakaria sebagai pengasas juga mendapatkan nasihat serta bimbingan dari Dato Harun Din.
Apakah yang bakal anda pelajari dalam Kaedah Haraki?
Pelajaran pertama dalam Bengkel Haraki adalah cara mudah mengenal dan mengingati huruf hijaiyah dengan menggunakan teknik Haraki. Poster ini membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam teknik Haraki:
Dari tak pandai baca Al Quran, sehinggalah boleh membaca Al Quran secara bertajwid. Kesemua modul ini direka khas untuk disampaikan dalam masa 7 jam sahaja, namun memberikan impak yang diingini.
Modul Kaedah Haraki:
1. Mudahnya baca al-Quran
2. Huruf Hijaiyah
3. Panjang pendek
4. Tanwin
5. Bunyi Pantulan
6. Waqaf
7. Muqataah
8. Rasm Uthmani
Keistimewaan kaedah Haraki:
- Cepat
- Inovatif
- Mudah difahami
- Menepati hukum Tajwid
- Tanpa perlu beli alatan tambahan
- Menarik dan menyeronokkan
Mudah mudahan, dengan ilmu yang anda pelajari ini, anda akan dapat mengajar anak anak anda untuk menguasai ilmu Al Quran dengan cara yang mudah. Daftar segera untuk mendapatkan tempat yang terhad ini!
Sertai Kelas Haraki Anjuran Barisan Murabbi Haraki
Kami mengadakan kelas al-Quran dengan menggunakan Kaedah Haraki
Ramai yang telah menyertai Kelas Celik Al-Quran Haraki anjuran Murabbi Haraki
Sertai Kelas Celik AlQuran Kaedah Haraki Sekarang!
Siapa sasarannya?
1. Tidak kenal huruf hijaiyah (alif ba ta…..)
2. Tidak boleh membaca huruf hijaiyah bersambung dan pelbagai baris.
3. Tidak boleh membaca al-Quran secara bertajwid
1. Tidak kenal huruf hijaiyah (alif ba ta…..)
2. Tidak boleh membaca huruf hijaiyah bersambung dan pelbagai baris.
3. Tidak boleh membaca al-Quran secara bertajwid
Rebutlah peluang baik untuk mempelajari AlQuran menggunakan Kaedah Haraki melalui Murabbi yang berdekatan.
Sila pilih Murabbi Haraki di mengikut negeri: